Benda nie semua orang tahu. Tapi tak ramai yang praktik. Termasuklah aku sendiri. Biasalah manusia.
Cerita 1
Sehari sebelum exam final Psychology. Psychology nie paper last untuk student pre clinical medik Tahun Tiga. Maksudnya macam last hurdle kau kena tempuhi supaya kau selamat mengakhiri zaman pre klinikal. Subjek yang moderate susahnya. Prinsip dia kalau baca inshallah boleh skor. Tapi kalau tak baca bye bye.
Dengan izin Dia jugak hari tu tiba-tiba rasa badan meragam. Rasa tak larat nak bangun. Tapi lawan juga. Ye lah esok exam, gila kau tak nak study. Subjek last pulak tu. Orang lain dah semangat order stetoskop apa semua nak masuk klinikal .
Dan hari tu jugak buat pertama kalinya aku muntah tak berhenti henti. Rasa dehydrated takyah cakap lah. Terfikir nak gi Markaz Sihhi (klinik) tapi nanti buang masa sebab banyak lagi tak belajar. Asal makan je keluar balik apa yang dimakan. Menjelang tengahari makin teruk, bukan setakat makanan je muntah balik, minum air pun muntah. Housemate belikan ubat banyak jenis, tapi aku telan Domperidone ( ubat taknak bagi mual muntah) je sbb takut ngantuk tak boleh belajar. Kaitan sangat. Tak sampai lima minit, dengan ubat tu sekali aku muntahkan. Last-last aku give up. Aku try tidur. Dalam 3 jam tidur, terjaga.
Sempat la tahan sejam sebelum muntah-muntah balik. Bila muntah je minum air masak, tidur lagi. Tidur sebab tak nak bagi muntah. Sebab dah lembik ulang alik hadap mangkuk tandas. Bangun tidur , study lagi dalam satu jam lepas tu tergendala study nya sebab muntah lagi. And the cycle repeats. Sampai malam tak berani sentuh apa apa makanan sebab rasa macam symptom worsen with food. Aku syak aku kena GE (keracunan makanan) tapi sebab tak larat sangat tak minat dah apa yang meracuni diri ini entah.
Esoknya (hari exam), memang tawakal habis . Orang lain duduk depan hall revise notes, aku mampu doa je . Sebab dah tahu kan usaha sikit je lepas tu jadi macam tu lagi semalam. Dalam hati duk doa banyak-banyak ya Allah janganlah muntah masa tengah exam je. First time doa macam nie. Yelah orang biasa doa biar boleh jawab dengan tenang. Masuk exam hall dengan pasrah ,cepat-cepat jawab sebab nak cepat habiskan exam takut termuntah lagi. Alhamdulilah berjaya keluar awal dari exam hall tanpa sebarang perkara yang tidak diingini. Dengan perut kosong dari semalam tak berani makan apa-apa takut muntah. Berapa banyak perkataan muntah dalam post nie daaa.
Habis exam, gi library sambung tidur sementara tunggu Y and Z habis exam. See betapa awalnya aku siap exam diorang tak habis-habis lagi padahal start exam waktu sama. Call ibu suruh doakan anak dia nie biar lulus biar boleh sambung Tahun Empat. Tapi tak cerita lah muntah banyak-banyak tu takut dia bimbang pulak nanti kang. K tamat kisah muntah sehari sebelum exam.
Result Psychology dah keluar antara ayat paling ngeri dalam hidup aku pernah aku dengar. Biasa subjek summer sem orang tak gelabah sangat nak check result. Subjek penambah perisa ongkate. Tapi bagi student Third Year, itulah penentu boleh ke nak masuk alam baru hospital nie (Fourth Year). Memanglah boleh repeat paper apa semua tapi sanggup ke gadai cuti tiket balik Malaysia tu nak oiiiii.
Alhamdulilah. Rezeki Dia . Tanpa izin Dia, mana mampu weh nak dapat result macam tu dengan gaya aku study macam tu, dengan gaya aku jawab macam tu. 88/ 100. Sujud syukur. Sebab aku sorang je tahu keajaiban happens.
Bila Dia izinkan. Bila Dia kata Yes, I gna make you pass. Then it will. Aku tak kata markah aku tinggi . Ramai gila skor subjek ni 90 ke atas tak yah cakap berderet-deret. Dan doktor pun peramah bagi bonus juga. Tapi bagi aku yang nyawa-nyawa ikan sehari sebelum exam, yang rasa semput sepanjang jawab exam sebab takut muntah masa tengah jawab tu. That bonus, that marks are the ways Allah sent his helps to me. He puts me through such a dire situation I never thought I'd be . And He is the one who get me out of those worse experience too with His Rahman.
Dua benda aku belajar bila jadi macam nie.
1. Study awal. Sebab kita tak tahu apa yang akan jadi menjelang hari-hari akhir exam. Boleh jadi sakit ke apa , dah ada basic takde lah rasa bersalah sangat gi exam kan.
2. Never . Never. Never put your trust in how much you read and memorize. Ilmu tu milik Dia. So why put that pergantungan on something which obviously have its Almighty Owner. Instead, lean on Him 100 %. Even before you start studying, trust in Him. He'll do His job once you trust Him. Allah tu kan mengikut sangkaan hambaNya.
Check this out (An Naml : 62 )
No comments:
Post a Comment