'' Though the sea became ink for the Words of my Lord, verily the sea would be used up before the words of my Lord were exhausted, even though We brought the like there of to help! ''(18:109)

Thursday, 22 August 2013

Moon


Meng termenung panjang tengok bulan penuh dari tingkap . Cantik . Comel. Kalaulah hati aku macam tu. Bisik Meng. Sendu . Rindu .
End datang sergah dari belakang bawak neskape panas sekali.

"Hei dah sampai mesia dah ke roketnya cer ?" 

"End , kau pernah rasa tak macamana kalau kau tahu ada orang tak suka kau? Someone yang benci kau ke sebab yelah kau macam annoying ke bagi dia ?

End khusyuk tengok bulan . Khusyuk layan lagu . Meng geram . Laju je tangan Meng sambar ipod dan earfon End. Nak je rasa campak benda tu bagi kucing makan.

"Kenapa orang nak benci?". End bersuara


"Yelah. Kita kan manusia . Kau tahu aku macammana dulu. Aku pun benci pada diri aku sendiri bila pikir benda yang aku pernah buat. Aku tak suka tiap kali teringat dosa-dosa aku dulu. Ba....nyak..". Perlahan je hujungnya. Meng pandang langit lagi.

"Suka makan manis kan, jom ikut aku ! ". End rampas balik ipod dari tangan Meng.


Meng mengeluh panjang. Cakap dengan dinding lagi best . Geram. Malam-malam makan manis 'memang' elok untuk kesihatan, End. Kalau dengan Rio si dentist tu lama dah kau kena tazkirah subuh percuma . Nasib baik Meng bukan dentist.

Sampai kat bilik ,Meng nampak End cabut salah satu dari sticky note yang tertempek kat locker sekali dengan koleksi magnet beraneka.

 "Dah lewat nie, aku nak tidur . Nah. "
End hulur cekelat hershey putih yang ada biskut kat dalam kegemaran Meng.

Meng sambut hershey dengan hambar sambil landing cantek atas tilam yang End siapkan untuk dia beradu . Bukan selalu dia menginap rumah End . Kali terakhir winter lepas. Itu pun taktahan sebab suhu rumah dia extreme gila fluctuation ikut musim. Time summer panas menggaring, masuk je winter beku menggigil. Cemana lah dia ni hidup 

Habis je play surah almulk , Meng tanggalkan earfon letak tepi bantal. Bimbang dilenyek nya earfon kesayangan.Tangannya pegang erat kertas kuning tadi . Perlahan kepala menyentuh bantal.

"Memang tawar tu tak sedap End. Tak sedap langsung ! Tapi nak capai yang manis tu tak senang .Aku nak kemanisan tu , End . Nak sangat-sangat ." 

Meng baca doa tidur . Lipat sticky note yang End kasi , simpan dalam diari. Bulan mekar indah . Terima kasih Maha Suci Allah !




Hadis Anas r.a: Nabi s.a.w bersabda:
"Ada tiga sifat yang sesiapa memilikinya, dia akan mendapat kemanisan iman. Seseorang yang menyintai Allah dan RasulNya lebih daripada yang lain, menyintai seseorang hanya kerana Allah, tidak suka kembali kepada kekafiran selepas Allah menyelamatkannya dari kekafiran itu sebagaimana dia juga tidak suka dicampakkan ke dalam Neraka."
-Hidup mesti terus berlari, Meng. Kalau bukan ke depan boleh je apa nak belok kiri ke kanan ke . Penat tu 'sumber tenaga' baru .Kalau bukan mereka yang suka kita , takpe asalkan Dia suka. Change is not a bet !"-End,Ogos-






2 comments:

nimt said...

"change is not a bet"

thanks for this entry ukhti . :)

nmiraff said...

no biggies. :)